Assalamualaikum wbt ;)
Tajuk harini khas untuk ibu2 yang sedang menyusukan anak (susu merudum)or mayb mom to be yang berhasrat nak tambah ilmu demi memenuhi hasrat 'fully breastfeeding' untuk anak yang bakal lahir nanti.
suka saya nyatakan di sini bahawa tiada istilah susu sikit/susu takde ye.. semua sama ... tanya diri kita sendiri je samaada mahu atau tak..tekad atau tak? tepuk dada tanya hati k ;))
Q&A yang biasa diajukan :
Apa itu power pumping?
Power pumping adalah teknik mengepam yang boleh mmbantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Ia melibatkan teknik dan set up mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tak langsung meningkatkan bekalan susu ibu
Siapa yang perlukan power pumping?
1)Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini untuk merangsang penghasilan susu.
2)Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.
3)Ibu yang kekurangan susu , berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam DLL
4)Ibu yang ingin maintainkan production
Macam mana nak buat power pumping?
Untuk single pump : pam kanan dulu (10/20minit)pastu pam kiri plak 10minit, tukar plak ke kanan 10minit dan seterusnya bertukar2 setiap 10minit berterusan sehingga 1jam
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit,(saya buat 20minit) rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari.
seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu tu.
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
jgn sesekali igt sekali buat terus susu jadi banyak ye. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.
Credit pic : Mr google ;)
Semoga bermanfaat ;))
*sharing is caring is loving*
By: Dunia susuibu.my





No comments:
Post a Comment